Resepi Sup Antibiotik

Assalamualaikum semua, lama akk tak jenguk blog akk ni..maklumlah sibuk dengan business online..byk kerja nak kena buat pada sesiapa yang baru dengan bussiness online ni tahulah….Tambahan akk ni jenis tak tahu nak bahagi masa…memang blog ni yang paling terakhirlah yang akk jenguk…

Nasib musim Covid 19 ni ada masa terluang…bolehlah di selitkan satu dua post…jangan mare yer adik kakok…In shaa allah di masa masa akan datang blog ini tidak di biarkan tinggal sepi..

Ok jom kita tengok post akk kali ni…

Ha kali ni akk nak berikan resepi sup antibiotik. Bolehlah kita buat sup ni untuk anak-anak yang selalu kena demam, batuk dan selesema. Bila nampak nak start demam/ batuk/ selsema, cepat-cepat buatkan sup ni. In shaa Allah tak lebih 1 hari dah elok.

Resepi Sup Antibiotik

Bahan-bahan :

  • 5 biji buah pelaga
  • 5-7 biji bunga cengkih
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 biji lada hitam
  • 3 cawan air
  • 1 batang carrot yang dipotong dadu atau dihiris bulat (terpulang kepada anda berapa banyak)
  • Sedikit ikan bilis yang ditumbuk.

Caranya :

  1. Didihkan semua seperti memasak sup.
  2. Untuk menyelerakan dan sedikit karbihidrat , anda boleh tambahkan mee hoon atau pun spaghetti.
  3. Untuk sumber protein pula, anda boleh ganti ikan bilis dengan isi ayam.
  4. Untuk lebih menarik lagi , tambahkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

So itu aje resepinyer ringkas kan? Tapi amat baik untuk di cuba…Kita hanya berusaha Allah yang menentukan..

SELAMAT MENCUBA…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*