Real Expert Cream – Hasilnya memang WALLA

Assalamualaikum wbt.... Lama kita tak bersiaran na.... Sibuk dengan urusan pekerjaan , hingga membuat tiada masa akak untuk menjengah ke laman web ini , akhirnya tinggallah laman web ini tanpa ada kemaskini....emm sesuatu yang tidak elok dipraktikkan..... Walau tiada alhamdulillah ramai juga tetamu yang menyinggah dan tak kurang juga yang meninggalkan pesanan bertanya kegunaan, cara pemakaian dan sebagainya tak kurang juga yang bertanyakan harga. Bila lama tak kemaskini kadang harga pun tak kemaskini.... Huhu.. Akak minta maaf sekiranya lambat menjawab. Walaubagaimanapun akak akan cuba untuk memuaskan hati anda sekalian. Jangan sangka tak update makanya akak tidak aktif dengan barangan akak. Don wory I'll be with you....
Akak nak cakap tentang produk REAL EXPERT salah satu produk yang akak jual. Alhamdulillah ramai yang beri feedback dan tak kurang yang ingin mencuba. Untuk produk ini berani akak katakan memang baik dan amat berkesan . Akak sendiri menggunakan produk ini. Pada mulanya akak gunakan untuk malam sahaja walau ia boleh di gumakan untuk malam dan siang. Ya lah memandangkan kerja akak yang banyak terdedah pada panas matahari untuk siang krim yang ader SPF adalah perlu. oleh itu satu botol yang pertama akak memang gunakan untuk malam sahaja. REAL EXPERT tiada SPF ni...buat masa ni mungkin akan datang nanti ada. Walaubagaimanapun kesannya memang terbaik...lama juga kena sabar untuk melihat hasil yang baik ini...almaklumlah faktor usia juga mempengaruhi walau kulit akak kurang bermasalah.
Akak amat berpuashati walau belum lagi 100% tapi kesannya dapt dilihat amat ketara. dan sekarang akak cuba gunakan untuk malam dan siang...wahhh....hasilnya....WALLA....ku tidak akan mencuba yang lain.
Selain dari cara pemakaian yang agak mudah cuma calit dan sapu sahaja, ia juga di datangkan secara 'compact' maknanya tahan lama, akak guna untuk botol pertama tu boleh hingga 8 bulan. Itu sebab akak cuma guna malam sahaja. So kalau siang malam mungkin 4 bulan boleh tahan kot. Selain itu ia tidak memberi kesan jika kita gunakan dengan produk lain...Walau macamana pun cuba dapatkan nasihat dari dealer real yer sis semua. untuk pemakaian siang akak gunakan dengan foundation yang ada SPFlah sayang...Jalan boleh saja....
ok sis sayang semua cuma itu yang akak boleh update....   Opps tak lama lagi ada produk yang lebih mantop yang akak nak masukkan dalam list .....produk apa tu??? Tungguuu.............

Related product

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.


    *