PENGURUSAN PETI AIS YANG BETUL UTK BAHAN2

Ya Allah…. Peti ais dah macam almari baju habis lintang pukang semua…tak tahu mana sayur mana jeruk sayur….

Nak lah peti ais yang teratur dan tersusun cantik nak ambik barang pun senang…..

Di bawah ada akk masukkan beberapa tips cara nak uruskan peti ais adik kakok….Jom kita buat sama-sama…


SOS

●(sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
●Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais.
●Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
●Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol.
●So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.


SUSU

○ Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. ○ Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca).
○ Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh menggalakkan pengaratan pada tin.
○ For safety reason 😅 tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang
○ Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu.
○ Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu.
○ Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak


TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul
⊙Ada dua cara:

  1. Simpan di luar peti ais
    ●lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab
    ○satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, ○kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
    ●jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
    ●simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
  2. Simpan dalam peti ais (chiller)
    ●Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti).
    ●Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
    ●kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais
    ●jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh

UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? 😅

●Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.
●So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.


Panduan asas penyimpanan makanan di ruang pendingin (chiller) peti sejuk :

  • Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.
  • Simpan makanan masak di bahagian atas dan makanan  mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman  yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
  • Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara.
  • Simpan buah-buahan dan sayur-sayuran berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Simpan telur dan makanan berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
  • Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  • Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.  Ini  kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
  • Jangan  menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat rosak.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.

Panduan asas penyimpanan makanan  diruang sejuk beku (freezer):

  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas atau  beg plastik yang kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh  menyebabkan kekeringan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.
  • Potong dan bungkus  daging ,ayam ,itik atau ikan di dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan. Saiz yang lebih kecil akan lebih mudah beku dalam masa yang singkat.
  • Bungkus makanan dengan bekas plastik atau plastik sejuk beku sebelum disimpan ke dalam ruang sejuk beku (freezer).
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di ruang sejuk beku.  Daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang sejuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelakkan kerosakan.
  • Nyahbeku bahagian yang diperlukan sahaja. Elakkan menyejukbeku semula  makanan yang telah  dinyahbeku.
  • Jangan simpan buah-buahan atau sayur-sayuran di ruang sejuk beku. Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
  • Jangan menyimpan beku makanan dalam tin. Kandungan makanan dalam tin itu akan mengembang pada tahap beku dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut.

Rujukan :

  1. Portal Kementerian Kesihatan
  2. Petua dan penjagaan
    .
    .

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*