Panduan Membeli Secara Online

Assalamualaikum,

Jumpa lagi kita kali ini….

Pernah tak adik kakok di tipu dalam urusniaga online ni?

Sebenarnya berurusniaga dalam talian atau secara online ni banyak PRO dan CONTRA nya… Jom kita tengok dulu apa PRO dan apa CONTRA dia..


PRO

  1. Kita tak perlu bersusah payah ke kedai untuk membeli barang yang kita inginkan
  2. Kita tak payah letih letih nak jalan dari satu kedai ke satu kedai yang mana kadang memakan masa yang agak lama untuk buat ‘survey’ mengenai barang yang hendak di beli. Dengan beli secara online ni kita hanya perlu klik kata nama yang perlu untuk barang kita dan tengok hasilnyer …Secara tak langsung kita boleh buat perbandingan harga dan quality..dari satu kedai ke satu kedai yang lain..
  3. Satu yang tiada jika kita beli terus dari kedai adalah review pembeli lain…Di sinilah biasanya kita akan mengetahui a) kualiti barang b) status seller samada boleh dipercaya atau tidak..Sedang jika kita beli secara terus dari kedai semua ini kita tak perolehi.
  4. Jimat masa emas kita dan duit minyak kereta….(hehe kena ambil kira tu…)
  5. Dengan belian atas talian ni , kita tak perlu lagi keluarkan cash banyak2…Transfer atau guna paypal jer masa nak bayar….
  6. Beli secara online ni kita ada banyak pilihan dan banyak boleh buat perbandingan.
  7. Harga barang dalam talian atau online ni biasa lebih murah berbanding beli kat kedai…

CONTRA

  1. Beli dalam talian ni, perlu berhati-hati takut kena tipu
  2. Kita tak dapat tengok barang tu secara terus , setengah orang nak tengok barang tu dulu baru beli.
  3. Barang yang kita beli kita tak dapat ‘on the spot’ kena tunggu beberapa hari baru dapat.
  4. Kita perlu bayar kos penghantaran ke rumah sedangkan jika beli di kedai tak perlu.

Tapikan sekarang ni …akk rasa dah tak perlu risau sangat kalau beli online sebab orang dah tau teknik untuk beli online..Sekarang kan dah banyak penambah baikan yang di buat atau dengan kata lain kebanyakan pengguna dah “PRO”.

Walau bagaimanapun akk selitkan sini sikit beberapa tips untuk beli secara online:

  1. Tengok ‘review’ – Review atau ulasan dari orang ramai ni penting sebab dari reviewlah kita tahu keadaan sebenar produk atau pun samada peniaga yang menjual produk bermasalah atau tidak.
  2. Elakkan guna kad samada debit atau kredit secara terus pada mana-mana peniaga yang belum kita biasa…Akk akan gunakan paypal biasanya. Guna debit kad tambah-tambah lagi bahaya.
  3. Kalau baru nak try beli satu-satu barangan tu try beli yang murah murah dulu…Takut kalau ada kes penipuan taklah kita rugi besau…
  4. Banyak -banyaklah beristigfar supaya Allah mudahkan proses pembelian barangan yang perlu di beli itu….
  5. Pilih peniaga yang boleh dipercayai…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*