Khasiat Bawang Merah Perlu Anda Tahu Di Sebalik ‘Harumannya’

Hai adik kakok, kalau memasak tak guna bawang merah memang tak sah…

Ramai juga yang mungkin tak berapa senang dengan baunya, tambahan pula bila mengupas kulitnya, di tambah pula menghirisnya, kalau banyak memang habisla bau satu badan….


Tapi sini akk nak kongsikan beberapa rahsia kebaikan bawang merah dari segi kesihatan….Untuk kecantikan lain kali plak akk share yer….

Bawang bukan sahaja bertindak sebagai penyedap masakan, tapi ia mempunyai khasiatnya sendiri yang sangat baik jika selalu diamalkan.

Ironinya di Malaysia, kita akan menggunakan bawang merah ketika memasak kerana ia memberi satu sensasi rasa pada masakan kita.


Berikut ada 3 kebaikan bawabg merah yang perlu adik kakok ketahui..selain dari untuk memasak..

1. Pembunuh Bakteria/ Membersihkan udara

Salah satu perkara yang boleh anda lakukan dengan bawang merah adalah menghirisnya dan kemudian masukkan ke dalam bekas. 1.

Tempatkan bekas berisi bawang merah tadi dalam bilik mahupun bahagian rumah yang anda inginkan.

Membiarkan ia beberapa ketika akan membersihkan udara sekaligus membunuh bakteria yang membuatkan kita jatuh sakit.


2. Menyerap virus Selesema

Jika diserang selesema atau demam, potong bawang dan letakkan dalam bilik.

Bau bawang yang menyengat akan meneutralkan udara serta menyerap virus selesema.

Untuk memastikan udara dalam rumah sentiasa bersih, anda boleh melakukan amalan ini setiap tiga hari.


3. Menghilangkan bau

Lebih menarik lagi, bawang merah yang sentiasa dikaitkan dengan bau badan ini sebenarnya boleh menghilangkan aroma kurang enak.

Katakan dapur, ruang tamu mahupun bilik anda ‘berbau’, anda boleh letakkan potongan bawang di tempat itu.

Pada awalnya, bau bawang akan memenuhi segenap ruang, tetapi setelah beberapa jam dibiarkan ia akan menyerap semua bau busuk yang ada.


Oleh itu, hargailah bawang merah anda. Ketahuilah, ia bukan saja berguna dalam masakan bahkan membantu untuk memastikan udara dalam rumah sentiasa bersih.

Biarpun baunya kurang enak, tetapi sebenarnya itulah yang membantu kita untuk sentiasa sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*