Store Terpilih

Assalamualaikum wbt….

Sekarang ni boleh katakan semua yang bergelar wanita samada yang berkerjaya atau tidak, yang masih muda remaja atau diumur pertengahan maupun yang telah berumur, semuanya peka dengan wajah yang cantik kulit yang halus putih mulus. Bila bercakap pasal kecantikan terutama pada diri sendiri tentu semua orang nak …

Dengan adanye lambakan produk-produk kecantikan yang banyak sekarang ni wanita-wanita di luar sana boleh memilih produk-produk yang berkenan dan yang termampu oleh mereka untuk merealisasikan impian mereka.

Kalau dulu dan mungkin sekarang juga anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kerana kebanyakan produk terutama yang memberi kesan yang cepat itu ada yang merbahaya dan tidak selamat, tapi kini kebanyakan produk telah ditambah baik dan yang paling penting telah mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

images-2Akk berani katakan kebanyakan produk kecantikan masa kini telah dipantau dan di jaga rapi tentang keselamatannya oleh KKM selain dari kehalalannya. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh Bumiputera kita sekarang ini adalah di bawah satu bumbung  yang memang terbukti selamat dan halal, selain hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya. Cuma mungkin akan ditambah baik oleh pihak pengeluar mengikut formulanya sendiri dengan di pantau oleh pihak yang berwajib. Pada saya ini lebih mudah bagi pihak berwajib untuk membuat pantauan berbanding sebelumnya bilamana pihak pengeluar membuat produk tersebut secara sendirian berhad.

Namun begitu kita masih perlu berhati-hati dalam pengambilan produk-produk ini dengan lebih peka kepada kesan-kesan sampingan yang ada pada produk-produk tersebut jika ada. Oleh itu review atau testimoni dari para pengguna yang telah menggunakan produk tersebut perlu di ambilkira..

Anda juga perlu tahu ada setengah produk yang sebelumnya diharamkan oleh KKM tetapi kemudian ditarik balik seperti Qu Puteh dan yang seangkatan dengannya.

Silalah lihat sticker yang ada di kotak-kotak produk tersebut untuk memastikannya.

 


Produk Untuk Wajah

testimoni-produk-placenta-white-_thumb3Banyak sekali produk-produk untuk wajah di pasaran sekarang. Fungsi nya samada untuk memutihkan muka, mengurangkan jerawat dan jeragat, menjadikan kulit lebih berseri, hilangkan kusam di muka, dan banyak lagi. Bagaimana dengan kesannya? Ada pihak pengeluar yang mendakwa boleh berkesan seawal pertama kali memakainya, 3 hari atau 7 hari….ikut cara pemakaian dan keadaan pengguna itu sendiri.

Di sini akk ingin menekankan bahawa cara penggunaan adalah amat penting…silalah ikut arahan yang terdapat pada produk tersebut. Jika anda tidak mengikut arahan cara penggunaan, dan hanya memakai seminggu 3 kali sahaja tidak seperti yang di sarankan oleh pengeluar produk tersebut mungkin kesan-kesan yang dikehendaki seperti di atas  kurang atau takkan diperolehi.

Bagi yang mempunyai masalah pada wajah pula  seperti jerawat, jeragat serta parut yang amat ketara, tentulah mengambil masa untuk pulih sebelum ia dapat bertindak untuk menjadikan kulit seperti yang didakwa. Dengan ertikata lain setiap pengguna perlu bersabar.


Produk Kulit Yang Lain

Begitu juga produk-produk kulit yang lain. Ada produk yang berkeupayaan memutihkan seluruh badan dan membuatkan kulit lebih lembut dan mulus gebu. Semuanya bergantung pada cara penggunaan dan keadaan pengguna itu sendiri .

downloadContohnya macam akk dengan kerja seharian yang banyak terdedah dengan panas matahari  mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama untuk proses pemulihan dan seterusnya proses meremajakan kulit. Apa yang penting anda perlu konsisten dan mengikut setiap arahan dan panduan yang di beri.

Satu lagi yang akk ingin tekankan kerana ramai yang tidak mampu untuk melakukannya…. ini juga adalah merupakan  satu arahan bagi penggunaan produk-produk tertentu tapi diambil remeh oleh pengguna …..apakah itu?

Sekiranya anda menjawab pengambilan air masak, air kosong, air suam/panas itulah jawabannya. Ya kita perlu banyak minum air kosong dan perlu juga menjauhi beberapa jenis makanan/minuman untuk membuat produk lebih berkesan, seperti kaffein, air bergas, air batu dan sebagainya. Inilah kunci bagi keberkesanan setiap produk dan juga tahap selamat produk tersebut selain dari yang akk sebutkan sebelum ini.


Kesimpulan:

a) Kebanyakan produk-produk untuk kecantikan ini kini bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya dan diluluskan oleh KKM . Sungguh pun begitu langkah berhati-hati adalah lebih baik.

b) Untuk produk lebih berkesan, sila pastikan bahawa setiap arahan dan cara penggunaan dipatuhi seperti :

i) Bilangan penggunaan sehari

ii) Cara penggunaan

iii) Bahan-bahan/minuman yang perlu dijauhkan

iv) Pengambilan air kosong/suam/panas di galakkan

c)  Bagi kulit yang ada masalah keberkesanan produk mungkin mengambil waktu .


Ubat Kurus

imagesSeperti juga produk-produk kecantikan yang lain, kini ubat-ubat kurus juga adalah terdiri dari bahan-bahan semulajadi. Sekiranya ada produk yang masih mengambil bahan-bahan yang merbahaya anda dinasihatkan JANGAN mengambil ubat tersebut.

Sungguhpun begitu anda masih perlu berhati-hati kerana ubat-ubat ini masih mempunyai kesan-kesan sampingan dan seperti biasa ikut arahan yang diberi. Mungkin ada penghidap diabetes, jantung ,dan darah tinggi yang di larang untuk mengambil produk-produk tertentu. Silalah patuhi. Yang penting sila pastikan produk-produk yang anda beli mendapat kelulusan dari KKM dan HALAL.

Selain itu meminum air yang banyak adalah sangat-sangat perlu bagi pengguna-pengguna produk kurus ini kerana selain boleh menyeimbangkan suhu badan ia juga akan menjadi media perantara yang baik untuk proses kumbuhan bagi membuang toksin.


Produk Tiruan.

10

Inilah yang ditakuti oleh ramai pengguna…. bila tersalah memilih dealer terbeli produk tiruan….Siapa yang salah ni..?  Oleh itu berhati-hatilah ..sila pastikan lebel di kotak adalah yang asli..dapatkan pengesahan dan pelajarilah cara-cara untuk mengenal produk-produk tersebut.

Sekiranya sesuatu produk itu adalah produk kecantikan yang anda PILIH tingkatkan pengetahuan anda untuk mengenali PRODUK ANDA….

Jangan terlalu terpedaya dengan harga yang murah dan tak masuk akal…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*